Web Blog Sekolah Menengah Seri Kampar dibuat oleh kaunselor praktikal Universiti Tun Abdul Razak, Saidatul Shuhada Shuib. Sebenarnya misi web blog ini adalah untuk mengajak para pelajar Sekolah Menengah Seri Kampar mendekatkan diri dengan kaunselor-kaunselor SMKSK.
Para pelajar boleh datang ke sesi kaunseling di bilik kaunseling Sekolah Menengah Seri Kampar. Namun, dengan adanya web blog ini, para pelajar boleh memberi komen atau pendapat terhadap topik-topik yang dibincangkan seperti :
- Psikososial
- Akademik
- Disiplin
- Kesihatan
- Petua – Petua
Sasaran utama web blog ini adalah kepada pelajar-pelajar yang sering menggunakan internet dan juga kepada pelajar yang rasa malu dan takut untuk berjumpa dengan kaunselor untuk berkongsi masalah dengan kami..kaunselor SMKSK. Web blog ini juga dapat memantapkan lagi hubungan di antara Pelajar dan Kaunselor
Pelajar juga boleh menghantar email kepada kami sekiranya masalah anda itu terlalu peribadi. Insayaallah, kami akan jawab segala permasalahan anda. qnasmksk@gmail.com