Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Eh! aku dah kunci ke motor aku tadi?”

Awak pergi ke motor yang awak parking tadi, ok..dah kunci. Baru lima langkah dari tempat parking, awak tertanya balik samada dah kunci ke belum motor awak. Awak selalu berasa ragu-ragu atau was-was walaupun awak dah buat benda tu berulang-ulang. Walaupun hal yang remeh temeh.

Ia dinamakan Obsessive Compulsive Disorder yang merupakan gejala psikiatri dan pesakit tidak akan mencederakan sesiapa. Pesakit OCD ini juga merupakan pesakit mental di bawah kategori ‘Anxiety Disorder’ iaitu kecelaruan rasa cemas. OCD berlaku disebabkan pemikiran yang selalu berulang – ulang (Obsessive) serta tingkah laku yang dilakukan berlaku (Compulsive). Tetapi, pesakit ini tak mampu untuk mengawal kebiasaan tersebut. Pesakit OCD tidak mengira peringkat umur…bukannya dibuat-buat tetapi terjadi tanpa dikawal.

Contohnya…awak takut untuk memgang sesuatu di atas meja kerana takut kotor.Awak lap dan lap lagi..Persepsi pada masa itu, ” Meja ini ada kuman, kalau kena jangkitan nanti mati!” Maka obses kepada perkara yang difikirkan itulah yang membawa kepada Compulsion ialah tindakan melalui perlakuan mencuci/mengelap meja.

Punca :

  • Keturunan
  • Kurang Serotonin di dalam otak

Rawatan :

  1. Ubat-ubatan – Pengambilan penambahan serotonin
  2. Kaunseling – Kekerapan perjumpaan bergantung kepada pemulihan rawatan dilakukan
  3. Cognitive Behavior Theory – Satu kaedah Psikoterapi yang digunakan oleh kaunselor iaitu COGNITIVE (kognitif) dan BEHAVIOR (Tingkahlaku). Pesakit akan dipaksa menahan kotoran itu selama beberapa minit. Pada tahap ini, pesakit akan rasa cemas dan ia akan berkurangan.

Kalau anda menghadapi masalah seperti ini..beri komen kepada kami.

1 Response so far »

  1. 1

    maan said,

    sakit ni keturunan… maknanya ’saka’ la ye??


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words