Kaunselor Su
Mula-mula,takut juga saya nak praktikal kat sekolah ISO ni..
Tapi, dah lama di sini baru saya dapat aura sekolah ni. Rupanya awak semuanya sporting!!mungkin sebab saya ‘layan’ karenah mengarut awak semua kot. Tu yang awak ’syok’ dengan saya ye??seronok bersembang dengan saya ye??mentang-mentang la saya tak pandai nak marah…walau macam mana pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMKSK yang sudi terima saya di sini. Dah lama saya lupa loghat perak.Dah mula praktikal kat sini, syok pulak bersembang dengan budak2 Malim Nawar, Bukit Pekan, Ayor Itam Labu…
Saya tersentuh juga sebenarnya dengan penerimaan awak semua pada saya..terutama bila saya bagi slot ceramah motivasi pada minggu Sahsiah Cemerlang dan PPSMI lepas. Bila adik-adik tingkatan 1 dan 2 betul2 bagi tumpuan dan ada yang nangis.. Got You!! itu memang agenda saya dan kaunselor ainul.Ingatkan nak buat lagi syahdu.Impact dari ceramah itu, semua nyanyi lagu iklan ‘Big Top’ pada saya..kira kuat juga pengaruh saya beri pada awak ye?Sebenonyer pasal Big Top tu termasuk dalam slot saya secara tiba2. Tak sangka pulak peserta bagi respons baik. Cikgu Harun yang bagi lolipop Big Top tu..So, jangan selalu marah dgn cikgu Harun lagi ye? dia sebenonyer sayangkan awak…betoi dak Cikgu Harun!!
Saya juga dapat kenali dengan lebih dekat beberapa pelajar anak orang asli yang sporting..Clara, Raini, Shelly dan kwn2 yg lain.Saya doakan awak semua dpt buktikan awak boleh berjaya.Nanti, cuba pergi ke Poliklinik Kampar kat Jln Degong. Tengok seorang doktor orang asli yang berjaya iaitu Dr. Ayob Los! Jadikan beliau sebagai idola atau ‘Role Model’ untuk awak berjaya. Jika dia boleh, awak tentu boleh!!
Kepada Pra U Bawah dan Atas..saya akan cuba untuk turunkan ‘ilmu’ pd cikgu Shidah ttg rahsia membaca tu. Saniy, Fairus dah cuba..so,how??ada beza tak??
Sebagai kaunselor praktikal di sekolah ini menghadiahkan blog ini supaya pelajar-pelajar dapat berkongsi segala suka dan duka dan diluahkan kepada kaunselor anda..walaupun saya tidak bertugas di sekolah ini lagi, namun saya akan menjawab segala permasalahan anda samada anda luahkan di blog ini ataupun emailkan kepada saya di alamat email kamar kaunseling qnasmksk@gmail.com